Ddlicious Bakery & Coffee

Alamat: 120, Jalan Bandar Baru 13, Kampung Sungai Jan, 27000 Jerantut, Pahang. Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 12 tengah hari – 10 malam. Teringin menikmati makanan Barat sambil bersantai bersama keluarga mahupun sahabat handai? Restoran Ddlicious Bakery & Coffee ini pasti menepati citarasa anda! Terkenal dengan hidangan Barat, restoran ini juga mempunyai konsep dekor moden kontemporari. Jika anda gemarkan suasana yang santai, restoran ini pasti cocok dengan anda! Antara hidangan yang anda boleh cuba di sini ialah Fetuccini Carbonara dan Chicken Wrap. Pasta Carbonara di sini juga turut dipuji ramai dek kerana rasanya yang cukup berkrim namun tidak memuakkan, malah mengenyangkan!

//saji.my/wp-content/uploads/2019/07/Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.?ezimgfmt=rs:730x548/rscb12/ng:webp/ngcb12">

 

Gulai Asam Rom                                                     

Di Jerantut,terdapat satu masakan yang amat terkenal iaitu gulai asam rom.Gulai asam rom atau rong ini kurang dikenali tetapi ramai yang mengetahui namanya dan merupakan makanan orang negeri Pahang. Gulai asam rom diperbuat daripada buah perah dan biji getah yang dijemur sehingga kering dan di tumbuk serta di peram selama lebih kurang satu bulan. Gulai ini dimasak bersama beberapa bahan tertentu seperti pucuk paku,keledek,buah jambal,daun jambal,terung pipit,terung telunjuk,daun kesing,keladi dan kacang botol. Kunyit hidup pula ditumbuk bersama cili padi bagi menambah rasa pedasnya. Masakan ini hanya boleh ditemui di kawasan Jerantut dan amat terkenal di sebelah Tembeling. Ia menjadi makanan yang amat digemari bagi penduduk di sini malahan ianya semakin terkenal di kalangan pelancong yang berkunjung ke daerah ini.

 

 

                                       

                                                          sumber: http://jerantutdaily.blogspot.sg/2012/01/gulai-asam-rom.html