Taman Negara Kuala Tahan

Terdapat beberapa kawasan pelancongan di daerah Jerantut. Seperti yang kita sedia maklum, daerah Jerantut terkenal dengan kawasan hutan yang besar dan kaya dengan keindahan alam semulajadi. Antara kawasan pelancongan yang terkenal di daerah Jerantut ialah Taman Negara di Kuala Tahan.Taman Negara merupakan hutan hujan tropika yang terbesar dan tertua di dunia merupakan salah satu tumpuan utama pelancong di dalam mahupun pelancong dari luar negara. Ianya berkeluasan 4343km persegi .Di sini turut kaya dengan pelbagai bentuk gua-gua batu kapur. Antaranya ialah Gua Telinga dan Gua Kepayang Besar. Para pelancong juga boleh melihat pelbagai jenis dan spesis binatang dan tumbuhan melalui Bumbum Tebing dan Bumbum Blau. Semua hidupan liar dan tumbuhan tidak boleh diganggu bagi memastikan keindahan alam semulajadi yang asli dapat dikekalkan agar tidak pupus dan tidak musnah. Para pengunjung juga boleh melihat keindahan alam semulajadi melalui ‘Canopy Walkway' iaitu sebuah jambatan yang dibina daripada tali, jaring, kayu dan kabel setinggi 25 meter dari paras tanah dan panjang lebih kurang 400 meter.

                            

                                                          Taman Negara

 

                                         

                                                 Canopy Walk Taman Negara Kuala Tahan

 

                                                                                          Sumber: Majlis Daerah Jerantut