Ddlicious Bakery & Coffee

Alamat: 120, Jalan Bandar Baru 13, Kampung Sungai Jan, 27000 Jerantut, Pahang. Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 12 tengah hari – 10 malam. Teringin menikmati makanan Barat sambil bersantai bersama keluarga mahupun sahabat handai? Restoran Ddlicious Bakery & Coffee ini pasti menepati citarasa anda! Terkenal dengan hidangan Barat, restoran ini juga mempunyai konsep dekor moden kontemporari. Jika anda gemarkan suasana yang santai, restoran ini pasti cocok dengan anda! Antara hidangan yang anda boleh cuba di sini ialah Fetuccini Carbonara dan Chicken Wrap. Pasta Carbonara di sini juga turut dipuji ramai dek kerana rasanya yang cukup berkrim namun tidak memuakkan, malah mengenyangkan!

//saji.my/wp-content/uploads/2019/07/Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.?ezimgfmt=rs:730x548/rscb12/ng:webp/ngcb12">