Pengusaha : Hazira Binti Hussain

Nombor telefon : 012-9578527

Produk yang dihasilkan : Produk Makanan (Bakery & Western)

Alamat Perniagaan : Kampung Bukit Dinding, 27000 Jerantut, Pahang

Cik Hazira menceburkan diri dalam perniaagaan makanan sejak tahun 2019. Pada tahun itu, beliau hanya menjadikan perniagaannya sebagai kerja sampingan sahaja dan mengambil tempahan pada hari-hari tertentu sahaja kerana pada ketika itu beliau bekerja sebagai Kerani di sebuah Pusat Latihan Kemahiran dan Keusahawanan Empower ECER Jerantut. Tetapi pada tahun ini iaitu tahun 2021 beliau mula memberi tumpuan sepenuh masa terhadap bidang Bakery dan Western dah giat mengambil tempahan untuk setiap produk yang dijualnya kerana beliau telah berhenti kerja pada awal bulan 2021. Terdapat banyak produk makanan yang dijual oleh beliau, antaranya ialah Bahulu, Kek, Goodies, Tempahan Hantaran, Western dan pelbagai lagi. 

Pengusaha : Nurul Ain Farhana Binti Yehya

Nombor telefon : 014-2939455

Produk yang dihasilkan : Produk makanan kesihatan untuk melangsingkan tubuh badan Appecut.

Alamat Perniagaan : Kampung Bukit Dinding, 27000 Jerantut, Pahang

Puan Ain Farhana mula menceburkan diri dalam menjual produk kesihatan pada hujung tahun 2020. Pada permulaan, Puan Ain hanya menjadi Dropship sahaja sebagai titik permulaan dan percubaan. Apabila produk kesihatan itu berjaya membantu customer Puan Ain untuk melansingkan dan menurunkan berat badan, beliau mula melangkah satu langkah kehadapan dengan mengeluarkan modal untuk menjadi Agent. Disebabkan permintaan yang sangat tinggi dan mempunyai ramai customer, pada awal bulan March 2020, beliau hadir ke Pusat Internet Kg Bukit Dinding untuk mendaftar sebagai Stokis Produk Kesihatab Appecut.

Pengusaha: Nor Farahah Binti Jaffar

Nombor telefon: 011-39046416

Produk yang dihasilkan: Produk Makanan Tradisional (Kuih loyang)

Alamat Perniagaan: Kampung Simpang Tebing Tinggi, 27000 Jerantut,Pahang

Cik N0r Farahah memulakan perniaagaannya dengan menjual makanan tradisional seperti kuih loyang. Cik Nor Farahah telah menjalankan perniagaannya selama 8 bulan bermula tahun 2020. Selain kuih loyang, Cik Nor Farahah juga turut menjadi dropship susu jenama NILOFA dan kambing perap sebagai pendapatan tambahannya.

 

 

Pengusaha : Siti Fazliana Binti Zainal

Nombor telefon : 014-5071224

Produk yang dihasilkan : Keratan Pokok Bunga Rose Jepun & Ati-Ati

Alamat Perniagaan : Kampung Bukit Ketupat, 27000 Jerantut, Pahang

Puan Fazliana atau lebih dikenali Puan Lina menjalankan perniagaan yang berasaskan pertanian iaitu menjual pelbagai jenis keratan Rose Jepun atau dikenali sebagai bunga kembang pukul 10 pagi. Beliau telah menjalankan perniagaan ini sejak tahun 2014 lagi dan mempunyai lebih 100 jenis Bunga Rose Jepun yang pelbagai nama dan warna. Pada tahun 2020, sambutan dan permintaan pelanggan sangat tinggi sehingga mampu menjana pendapatan bulanan beliau.