Lokasi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Bukit Dinding terletak kira-kira 16km dari Bandar Jerantut dan 60km dari Temerloh. NADI Kg Bukit Dinding ini terletak bersebelahan Pejabat Penghulu Mukim Burau. NADI Kg Bukit Dinding terletak di lokasi yang strategik dan lokasinya juga amat mudah dicari kerana dibina di laluan orang ramai.

Kawasan yang berhampiran dengan NADI Kg Bukit Dinding ialah Tadika Kemas Kg Bukit Dinding, padang futsal belia dan juga Institut Bioteknologi Veterinar Kebangsaan (IBVK). Untuk makluman semua, Kg Bukit Dinding dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti sekolah rendah, surau, masjid, balai raya, klinik desa dan sebagainya. Majoriti penduduk di Kg Bukit Dinding adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. 

Daerah Jerantut merupakan daerah yang terbesar dalam Negeri Pahang Darul Makmur. Keluasannya ialah kira-kira  2,900 batu persegi ( 755,771.93 hektar). Disempadani oleh Negeri Kelantan dan Terengganu di Utara, Daerah Temerloh dan Maran di Selatan, Daerah Lipis dan Raub di Barat dan Daerah Kuantan dan negeri Terengganu di Timur. Ia mempunyai 10 buah mukim yang terdiri daripada 295 buah kampung yang ditadbirkan di bawah 58 JKKK. Sebahagian daripada kawasan-kawasan Felda dan kampung tradisional adalah termasuk dalam kawasan Lembaga Wilayah Jengka (LKWJ) iaitu kawasan-kawasan seberang sungai Pahang dan sungai Tembeling (daripada sempadan Temerloh/mukim Burau hingga ke Kg. Merting di Mukim Tembeling). Berada 200km dari Kuala Lumpur dan 180 km dari ibu negeri Pahang iaitu Kuantan.

                                                                                                                   

                                          

                                                                                                               Peta Daerah Jerantut

                                                                     .