Pertandingan mewarna digital menggunakan tablet yang disediakan oleh NADI

Aktiviti

Sempena bulan Kemerdekaan NADI Kg Bukit Dinding telah mengadakan Pertandingan Mewarna Digital Merdeka bersama dengan kanak- kanak sekitar Kampung Bukit Dinding yang berumur 5 hingga 12 tahun. Untuk aktiviti mewarna kali ini, NADI telah mengambil inisiatif untuk ke arah pendigitalan iaitu mewarna dengan menggunakan tablet yang disediakan oleh NADI dan menggunakan aplikasi PICSART untuk mewarna gambar bertema kemerdekaan. 

Pihak NADI Kg Bukit Dinding mengucapkan jutaan terima kasih kepada kanak-kanak yang telah menghadiri dan memberikan komitmen yang baik sepanjang program berlangsung. Pada akhir program pihak NADI memberi saguhati kepada peserta dan hadiah kepada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga bagi setiap kategori (KATEGORI 1- umur 5 hingga 8 tahun, KATEGORI 2- umur 9 hingga 12 tahun). Semoga pengisian dalam program ini bermanfaat buat mereka.

Lihat gambar di sini