pihak 3

HINDARI LAMAN WEB PIHAK KETIGA YANG TIDAK SAH

Suruhanjaya Syarikat Malaysia ingin mengingatkan kepada orang ramai agar berwaspada dengan laman sesawang oleh pihak ketiga yang menawarkan perkhidmatan pembaharuan perniagaan.Pastikan anda semua layari laman web yang sah hanya di :https://ezbiz.ssm.com.my/

Anda juga boleh hadir ke PEDi Kg Bukit Dinding untuk kami bantu anda mendaftar perniaagaan SSM. Boleh hubungi petugas PEDi di no yang tertera.

Pengurus: http://wasap.my/60136665572/DaftarSSM

Pen. Pengurus: http://wasap.my/601139046416/DaftarSSM

Maklumat lanjut, boleh layari www.ssm.com.my

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

BQOESMCMC sedang menjalankan soal selidik Kajian Kualiti Pengalaman Jalur Lebar 2023 (BQoES 2023) untuk mengumpul data berkaitan kualiti pengalaman pengguna terhadap perkhidmatan jalur lebar di Malaysia.
Soal selidik ini bermula dari 15 Julai hingga 31 Disember 2023. Setiap pengguna jalur lebar di Malaysia yang berumur 15 tahun dan keatas dijemput untuk menjawab soal selidik dalam talian dengan menggunakan kod QR atau di pautan https://survey.skmm.gov.my/efm/se/6D5CBBB63C1A6273.
Tujuan soal selidik ini adalah untuk pengumpulan data dan tiada sebarang data peribadi seperti nama penuh, kad kredit/debit atau maklumat bank akan dikutip bagi soal selidik ini.
Penyertaan adalah secara sukarela, walau bagaimanapun, kerjasama daripada orang ramai amat dihargai.

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada apabila menerima jemputan untuk menyertai atau memuat turun aplikasi hasad "Pink WhatsApp." Aplikasi hasad berkenaan boleh mengakses pelbagai item dalam telefon pintar pengguna seperti gambar, SMS dan senarai kenalan, yang boleh membawa kepada risiko keselamatan yang serius.

MCMC menasihatkan pengguna untuk tidak memuat turun dan memasang aplikasi "Pink WhatsApp" tersebut, dan segera membuang aplikasi berkenaan sekiranya ia telah dipasang dalam telefon pintar mereka.

Para pengguna disarankan untuk kekal berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan dengan "Pink WhatsApp" kepada portal Aduan MCMC di pautan https://aduan.mcmc.gov.my/#/public/main atau talian hotline Aduan di 1800- 188-030.

#MCMC
#TakNakScam
Kementerian Komunikasi dan Digital

3r

 

Mari kita amalkan sikap kesederhanaan ketika mengulas isu sensitif bagi memelihara keharmonian dan kedamaian negara yang dicapai melalui persefahaman.

Jauhi perbalahan, dekati kedamaian, mari bersama pupuk persefahaman.

Sila laporkan sebarang insiden dan kandungan di media sosial yang berunsur 3R kepada MCMC dengan menghubungi talian 016-2206262 atau e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

#3R
#KKD
#MCMC
#KlikDenganBijak
#MalaysiaICTVolunteer