Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada apabila menerima jemputan untuk menyertai atau memuat turun aplikasi hasad "Pink WhatsApp." Aplikasi hasad berkenaan boleh mengakses pelbagai item dalam telefon pintar pengguna seperti gambar, SMS dan senarai kenalan, yang boleh membawa kepada risiko keselamatan yang serius.
MCMC menasihatkan pengguna untuk tidak memuat turun dan memasang aplikasi "Pink WhatsApp" tersebut, dan segera membuang aplikasi berkenaan sekiranya ia telah dipasang dalam telefon pintar mereka.
Para pengguna disarankan untuk kekal berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan dengan "Pink WhatsApp" kepada portal Aduan MCMC di pautan https://aduan.mcmc.gov.my/#/public/main atau talian hotline Aduan di 1800- 188-030.
#MCMC
#TakNakScam
Kementerian Komunikasi dan Digital