padu 21 jan
 
Syabas kepada anda semua yang telah mendaftar dan menjadi sebahagian daripada yang menjayakan pelaksanaan PADU.
Sehingga 21 Januari 2024 jam 11.59 malam, jumlah individu yang telah berjaya mendaftar di sistem PADU adalah seramai 1,427,124 orang.
Bersama-sama kita membuat pendaftaran dan pengemaskinian PADU di pautan link berikut http://padu.gov.my.
 
Untuk makluman, kaunter PADU bersama pegawai juga akan dibuka di PEDi Kg Bukit Dinding pada 29 sehingga 31 Januari. Peduduk berdekatan boleh ke datang PEDi untuk daftar dan jika menghadapi sebarang masalah untuk mendaftar PADU boleh terus datang berjumpa pegawai pada tarikh tersebut.
May be an image of slow loris and text
 
Seronok bercuti jangan sampai terleka.
Segera lakukan ujian pengesanan COVID-19 sekiranya bergejala.
Dapatkan rawatan segera jika gejala bertambah teruk atau bergejala ringan sekiranya anda dalam golongan berisiko tinggi.

Laman web Pangkalan Data Utama (PADU) telah pun dibuka.Orang ramai dijemput untuk membuat pengisian maklumat.

PADU mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas di Malaysia.

Maklumat profil ini akan dikemas kini secara berkala melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber. Melalui ekosistem ini, rakyat boleh membuat semakan dan pengemaskinian maklumat secara terus dalam sistem PADU.

๐—ข๐—ฏ๐—ท๐—ฒ๐—ธ๐˜๐—ถ๐—ณ ๐—ฃ๐—”๐——๐—จ
โœ… Penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan โ€œnear real timeโ€ bagi penghasilan analitik berkala dan digitalisasi tanpa ketirisan.
โœ… Penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data.
Mengimbangi kedudukan fiskal menerusi pelaksanaan dasar secara bersasar.
.
๐— ๐—ฎ๐˜๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—ฃ๐—”๐——๐—จ
๐Ÿ“Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
๐Ÿ“Melaksanakan pengukuhan dalam penggunaan sumber yang terhad.
๐Ÿ“Melaksanakan pemerkasaan sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat.
๐Ÿ“Merapatkan jurang sosioekonomi dengan memenuhi keperluan rakyat serta mengimbangi pembangunan

Sila ikuti langkah yang dilampirkan atau layari: https://www.padu.gov.my/

Anda juga boleh hadir ke PEDi terdekat untuk mendaftar PADU ini. Untuk makluman semua, pegawai dari Jabatan Perangkaan Pahang juga akan hadir dan membuka kaunter fizikal di PEDi Kg Bukit Dinding pada 29 sehingga 31 Januari 2024. 

#DOSMPahang
#Padusejahtera
#statspahang

KETAHUI DAN FAHAMI TENTANG MYDIGITAL ID
MyDigital ID merupakan satu sistem pengesahan identiti diri dalam talian yang menekankan aspek keselamatan. Ia tidak menyimpan dan tidak mendedahkan data peribadi pengguna.