Pengusaha : Siti Fazliana Binti Zainal

Nombor telefon : 014-5071224

Produk yang dihasilkan : Keratan Pokok Bunga Rose Jepun & Ati-Ati

Alamat Perniagaan : Kampung Bukit Ketupat, 27000 Jerantut, Pahang

Puan Fazliana atau lebih dikenali Puan Lina menjalankan perniagaan yang berasaskan pertanian iaitu menjual pelbagai jenis keratan Rose Jepun atau dikenali sebagai bunga kembang pukul 10 pagi. Beliau telah menjalankan perniagaan ini sejak tahun 2014 lagi dan mempunyai lebih 100 jenis Bunga Rose Jepun yang pelbagai nama dan warna. Pada tahun 2020, sambutan dan permintaan pelanggan sangat tinggi sehingga mampu menjana pendapatan bulanan beliau.