Pengusaha : Hazira Binti Hussain

Nombor telefon : 012-9578527

Produk yang dihasilkan : Produk Makanan (Bakery & Western)

Alamat Perniagaan : Kampung Bukit Dinding, 27000 Jerantut, Pahang

Cik Hazira menceburkan diri dalam perniaagaan makanan sejak tahun 2019. Pada tahun itu, beliau hanya menjadikan perniagaannya sebagai kerja sampingan sahaja dan mengambil tempahan pada hari-hari tertentu sahaja kerana pada ketika itu beliau bekerja sebagai Kerani di sebuah Pusat Latihan Kemahiran dan Keusahawanan Empower ECER Jerantut. Tetapi pada tahun ini iaitu tahun 2021 beliau mula memberi tumpuan sepenuh masa terhadap bidang Bakery dan Western dah giat mengambil tempahan untuk setiap produk yang dijualnya kerana beliau telah berhenti kerja pada awal bulan 2021. Terdapat banyak produk makanan yang dijual oleh beliau, antaranya ialah Bahulu, Kek, Goodies, Tempahan Hantaran, Western dan pelbagai lagi.