Lang Buana Eco Parklang buana eco park  

Lang Buana Eco Park atau dikenali Lata Lang Campsite & Chalet terletak di Kampung Tanjung Puteri, Ulu Cheka 27030 Jerantut Pahang. Antara aktiviti yang telah dijalankan di camp ini ialah program motivasi dari sekolah-sekolah dan jabatan-jabatan.

Selain itu juga, aktiviti bersampan juga dijalankan. Camp ini terletak berhampiran dengan sungai. Kepada sesiapa yang teringin untuk mandi sungai serta berehat, camp ini sangat sesuai dijadikan tempat istirehat kerana camp ini juga menyediakan chalet.

Antara kemudahan yang disediakan seperti :

  •  Surau/Dorm
  • Dewan/Chalet
  •  Tapak perkhemahan
  • Pengangkutan
  • Makanan
  • Dewan makan
  • Tandas

Antara aktiviti menarik yang disediakan:

  • Hiking Gunung Benom/Bukit Bongkok
  • Hiking Gunung Jinjang
  •  Hiking Air terjun Lata Sangka Dua
  • Hiking Air terjun Lata Berembun/Lata Bujang
  • Raflesia/Pakma
  •  Kutip & Makan Durian
  • Memancing
  • Berkayak