Santuari Gajah Kuala Gandah menempatkan lebih daripada 20 ekor gajah yang telah diselamatakan dari kawasan hutan yang mana habitat mereka kian terancam kerana pemburuan haram.

Di dalam taman santuari ini, anda sekeluarga dapat memberi makan atau minum kepada gajah yang ada. Anda boleh menghulurkan makanan seperti tembikai, akar kayu, rumput, tebu atau pisang kepada gajah yang meminta untuk disuap bila mengeluarkan belalai mereka. Jangan risau, gajah yang ada di sini telah dilatih supaya lebih jinak dan telah diletakkan di dalam pagar besi.