Satu lagi tempat menarik di Jerantut berkonsepkan alam semulajadi yang saya cadangkan ialah Taman Warisan Gua Kota Gelanggi.  Beberapa buah gua seperti Gua Angin, Gua Batu Sanding, Gua Tongkat, Gua Kelawar, Gua Kota Balai dan Gua Penyu termasuk di dalam kawasan Taman Warisan ini.  Tahukah anda di tempat inilah yang terkenal dengan mitos Sang Kelembai.

Selain berjalan kaki, anda juga boleh memasuki gua-gua ini dengan kereta. Jika anda meneroka gua ini, anda akan bertemu dengan gua yang berbentuk pintu gerbang, di dalamnya terdapat alur air yang mengalir air jernih lagi sejuk. Taman ini mula dibuka pada jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang setiap hari.  Bayarannya pula seharga RM 5 bagi dewasa dan RM 3 bagi kanak- kanak.