Air terjun Lata Meraung ini sememangnya cukup terkenal di Jerantut dan tidak hairanlah jika ia tergolong sebagai salah satu tempat menarik di Jerantut. Air terjun yang terletak di Hutan Lipur Lata Meraung ini terletak 16 km dan hanya mengambil masa sekitar 15 minit perjalanan sahaja untuk sampai ke sini jika anda datang dari Bandar Jerantut.

Anda dapat bersantai sambil bermandi manda di sini memandangkan suasananya yang dingin, tenang dan damai.  Bukan sahaja suasananya yang berlatar belakangkan alam semulajadi dapat menambat hati pengunjung bahkan airnya yang bersih, jernih serta sejuk membuatkan sesiapa sahaja melihatnya ingin terjun berenang.Tak dilupakan juga, kawasan ini menyediakan kemudahan yang lengkap seperti tandas, tempat letak kereta dan rumah rehat buat pengunjung.

download

03lata 1541311211