pra 2025
 
Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sesi Akademik 2025/2026
TARIKH PENTING PERMOHONAN
KAEDAH 1:
Secara Dalam Talian : 1 Mac 2024 hingga 30 April 2024
sila layari :
KAEDAH 2 :
Secara Manual Melalui Sekolah Dimohon : 1 Mac 2024 hingga 31 Mei 2024
Borang permohonan boleh diambil di sekolah yang dimohon
✅ SYARAT PERMOHONAN KEMASUKAN
a. Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
b. Kanak-kanak yang lahir pada 2 JANUARI 2019 hingga 15 JANUARI 2021 sahaja yang layak untuk memohon
📌 LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN SECARA TALIAN
1. Muat turun manual pengguna (fahami manual pengguna)
2. Daftar pengguna (SEKIRANYA PERTAMA KALI) dan simpan / cetak maklumat pengguna (KATA LALUAN - SIMPAN UNTUK RUJUKAN SEMASA INGIN MENYEMAK KELULUSAN PERMOHONAN)
3. Lengkapkan maklumat permohonan.
4. CETAK borang permohonan yang telah lengkap.
5. SERAHKAN borang permohonan dan SALINAN dokumen yang diperlukan ke Prasekolah Sekolah yang dipohon sebelum 30 APRIL 2024.
📌 LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN SECARA MANUAL
1. Dapatkan borang permohonan kemasukan prasekolah di sekolah yang dipohon. (Rujuk cikgu prasekolah / PPM prasekolah).
2. Lengkapkan maklumat yang terdapat pada borang permohonan.
3. Kembalikan borang permohonan yang telah lengkap bersama SALINAN dokumen yang diperlukan ke Prasekolah Sekolah yang dipohon sebelum 31 MEI 2024