Adakah anda mengalami gejala tidak selesa pada bahagian kaki semasa anda sedang berehat atau sebelum tidur sehingga menyebabkan anda rasa gelisah dan sukar untuk tidur?

Semasa anda mahu melelapkan mata tiba tiba kaki rasa kebas, rasa bagai di cucuk cucuk dan , sakit dan gatal gatal.

Gejala ini hilang apabila anda menggerakkan kaki atau menggocangkan kaki. Kesannya ia menyebabkan tidur anda terganggu dan anda keletihan keesokan hari.

Sekiranya ia berterusan, anda mungkin mengalami “Restless Leg Syndrome”, ia adalah sejenis masalah saraf yang tidak diketahui puncanya.
.
Pencegahan dan rawatan banyak bergantung kepada perubahan cara hidup. Elakkan minum kopi dan merokok. Selain itu, Lakukan senaman regangan dan lakukan urutan di kaki serta rendamkan kaki dalam air suam.

Jika ia menggangu tumpuan dan rutin harian anda, dapatkan pemeriksaan dan rawatan segera.

119243962 2741045559518632 3149477030665145913 n  

Pusat Internet Kg Bukit Dinding turut menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma iaitu pemeriksaan berat badan dan juga pemeriksaan tekanan darah.Pengguna dan penduduk setempat boleh berkunjung bila bila masa ke Pusat Internet Kg Bukit Dinding untuk mendapatkan perkhidmatan ini.

                                               

 

Klinik Desa Kg Bukit Dinding terletak di Km18 Jalan Jerantut-Temerloh dengan kedudukannya adalah strategik. Klinik ini telah dikendalikan oleh dua orang petugas. Di sini,pelbagai perkhidmatan kesihatan telah disediakan. Antaranya ialah pemeriksaan berkala ibu-ibu mengandung dan bersalin,pemeriksaan kesihatan untuk warga emas dan semua peringkat umur, pemeriksaan kesihatan untuk pelajar-pelajar sekolah dan lain-lain lagi.

 

    

                                                                Klinik Desa Kg Bukit Dinding